Bicara Yang Di Pertua….

 

1934375_1227253922373_1241682_n

Keterbatasan fikiran akan menjadikan apa yang luas terbentang itu menjadi begitu sempit bahkan begitu sulit untuk mencari Jalan keluarnya. Keterbatasan ini bukannya anugerah daripada Pencipta Alam tetapi ia berupaya meresapi dalam system badan dan membudayakan cara kehidupan kita. Maka keterbatasan itu akan menjadikan kita sebagai manusia-manusia yang tidak berupaya untuk bersaing, bertindak, berwawasan dan paling malang sekali bila kita mengunggapkan perkataan ‘ inilah takdir yang di tentukan kepada ku’.

Paling ketara sekali ialah keterbatasan fikiran ini akan membuatkan kita tidak dapat membawa diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita keluar daripada mahligai kegelapan bagi memburu cahaya bima sakti yang terbentang luas. Cahaya itu semakin jauh meninggalkan kita dan kita tidak mempunyai kudrat untuk mengejarnya.

Jika keterbatasan fikiran ini sudah menjiwai kita, sudah pastilah kita adalah pekerja yang tidak di senangi oleh majikan, dan jika keterbatasan fikiran ini menguasai seseorang usahawan maka percayalah bahawa kita akan berhadapan dengan usahawan yang terlalu lemah kredibilitinya. Dia bulanlah usahawan contoh dan bangsanya juga tidak meletakkan nilai hormat kepada dirinya.

Membuka beban yang membelenggu keterbatasan fikiran itu tidaklah begitu sukar. Ia tidak memerlukan akta yang perlu di luluskan oleh badan tertinggi perundangan. Cukup dengan mengejar cabaran yang berada di sekeliling. Cabaran datang dalam berbagai-bagai bentuk dan cabaran tidak pernah menyerah kalah. Dan bila kita tercabar untuk mengalahkan cabaran itu, itu adalah motivasi peringkat yang tertinggi sekali. Di situlah belenggu untuk keterbukaan fikiran sudah dimusnahkan. Kita sudah berjaya membebaskan diri. Fikiran kita sudah terbuka luas. Maka amalan-amalan lama yang di jadikan sebagai kebiasaan telah dapat di lupakan. Kita beroriantasikan kecemerlangan dan keperbadian yang tinggi.

Fikiran yang luas terbuka ini adalah anugerah kepada sesiapa yang berjaya mengalahkan cabaran yang kita telah nyatakan tadi dan ahli-ahli DPMMS adalah yang tergolong  dalam kumpulan yang telah menikmati pemikiran yang terbuka ini. Maka dengan itu ahli-ahli adalah kumpulan yang paling layak untuk bersama-sama  DPMMS melihat peluang yang terbentang luas dalam sektor perniagaan untuk memajukan diri, keluarga dan juga bangsa.

DPMMS mempunyai perancangan yang besar untuk ahlinya pada masa akan datang. DPMMS akan  terlibat dalam berbagai-bagai sektor perniagaan di dalam dan luar negara. Kita Semua sudah bebas daripada belenggu keterbatasan fikiran dan dengan itu kita perlu  membulatkan perjuangan untuk bangsa dan negara kita- Mohd Fadzli Mustafa

 

Ucapan takziah kepada keluarga Dato’ Syed Ali Al Attas

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS) mengucapkan takziah kepada Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Dato’ Syed Ali Al Attas dan keluarga di atas pemergian ke rahmatullah isteri beliau Sharifah Bahiah Ali As-Shahab pada 4 Mac 2015 lalu.

Yang Di Pertua DPMMS Mohd Fadzli Mustafa berkata, seluruh Ahli Jawatankuasa dan kakitangan DPMMS turut bersedih dan mendoakan agar roh beliau di cucui rahmat dan di letakkan di kalangan

orang yang mulai di sisiNYA.

Pra-Kelayakan

Pra-Kelayakan untuk Cadangan Perkhidmatan Penyelenggaraan Halaman dan Seni Taman

Tarikh mula dokumen boleh diperolehi : Jumaat, 27.02.2015

Tarikh tutup pra-kelayakan : Khamis, 12.03.2015, 4.00 petang

Terima kasih.

Thanks.

Best regards,

Hasmiza
Contract Management & Procurement

Medivest Sdn Bhd
Suite 13.01, Penthouse
Wisma E&C, No. 2
Lorong Dungun Kiri
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Tel : 03-2092 1000 (ext 508)
Fax : 03-2092 5000
website : www.medivest.com.my

JAWATAN KOSONG

Jawatan Kosong
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor mempelawa calon yang berpengalaman dan berkelayakan untuk  mengisi jawatan-jawatan berikut:
1.Pengarah Eksekutif

  1. Pengurus
  2. Pegawai IT
  3. Pegawai Seranta, Pentadbiran & Pengurusan
  4. Sekretari

*Calon-calon hendaklah memiliki ijazah dalam pengurusan perniagaan , pemasaran , perhubungan awam , IT atau bidang yang berkaitan dan mempunyai sekurang-kurangnya 2-5 tahun pengalaman.Calon yang mempunyai kelayakan dan pengalaman seperti di atas boleh memohon dengan mengirimkan resume di alamat  No 29 & 31, Jalan Lawan Pedang 13/27,Tadisma Business Park 40100, Shah Alam Selangor.

SEMINAR GST DI DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI SELANGOR

Assalammualaikum dan selamat sejahtera ,

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS) membuka semula pendaftaran untuk sesiapa sahaja yang berminat ataupun yang belum mengikuti seminar GST di tempat kami.Jika berminat ataupun ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang seminar tersebut boleh menghubungi kami di talian (03-55199110) ataupun boleh juga menghubungi En Ramzi Ramlee di talian (010-8900303).Tempat adalah terhad .

Terima kasih .

KERJASAMA PERDAGANGAN DENGAN IKATAN MUSLIM INDONESIA (ISMI)

hemas susuDewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS) akan mengadakan jaringan kerjasama dengan Ikatan Saudagar Muslim Indonesia (ISMI) semasa Lawatan Dagang ke Jakarta dari 23-26 Mac 2015.

ISMI mempunyai hubungan yang rapat dengan dengan Ikatan Cendiakawan Islam Indonesia, Majlis Ulama Indonesia dan organisasi Islam terbesar Indonesia iaitu Muhammadiah dan terlibat dalam berbagai-bagai sektor perniagaan.

Untuk pertemuan yang pertama ini, DPMMS akan memberikan tumpuan kerjasama dalam pembekalan bahan-bahan asas dalam industri makanan dan asas  tani seperti pisang dan ubi. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Indonesia adalah pengeluar terbesar barangan asas ini yang mana ianya sangat di perlukan oleh pengusaha dari Malaysia.

Adalah di harapkan dengan kerjasantarafoto-AngkutPisang310710ama dengan ISMI itu nanti, ahli-ahli akan dapat mewujudkan syarikat pembekal barangan asas pertanian daripada Indonesia kepada usahawan industri makanan di Malaysia.

Kos menyertai program ini ialah RM 1,650.00 seorang untuk twin sharing dan RM 1,940.00  untuk single. Pembayaran hendaklah di buat atas nama DPMMS Negeri Selangor no akaun RHB 21245136000114. Ahli yang berminat menyertai program ini boleh menghubungi Encik Shamsul   018 2763891 atau Encik Hashim 013 3416783.

MENINJAU INDUSTRI FESYEN, SPA DAN KECANTIKAN JAKARTA & BANDUNG

Adalah denJakarta fashion week 2014 opening ceremony (5)gan segala hormatnya di maklumkan bahawa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS) akan mengadakan lawatan ke industri fesyen, spa dan kecantikan sempena dengan Bandung Beauty Expo 2015 dari 2- 6 Mac 2015.

Program ini di anjurkan bagi membuka ruang yang luas untuk usahawan yang terlibat dalam industri pakaian dan fesyen, spa dan kecantikan untuk membentuk jaringan perniagaan dengan rakan mereka dari Indonesia.

Bandung Beauty Expo 15 di anjurkan serentak dengan Bandung Packaging Expo bagi membolehkan orang ramai membuat penilaian sendiri tentang tahap pembungkusan industri kosmetik dan ubat-ubatan Indonesia. Expo ini juga akan membolehkan usahawan Malaysia menjalinkan kerjasama dengan syarikat graphic dan percetakan Indonesia yang di katakan lebih termampu harganya.

Selain dari itu para peserta juga akan mengadakan  lawatan spa_picke sekolah latihan spa dan kecantikan, muslimah boutique studio, pusat latihan jahitan jilbab dan juga pertemuan dengan pengusaha dan industri pakaian serta fesyen Jakarta.

Program ini sesuai untuk usahawan dalam bidang pakaian dan fesyen, jilbab dan fesyen muslimah, boutique dan studio fesyen, pengimport pakaian, pengedar dan pemborong pakaian, pengimport dan pemborong pakaian muslimah, usahawan dan bidang kosmetik dan kecantikan, pemborong dan pengimport kosmetik, pegusaha spa dan kecantikan, pengedar produk spa, pusat latihan spa dan kecantikan, petugas-petugas di salun kecantikan, petugas di spa dan wellness, pereka graphic dan pereka corak untuk packaging produk, pencetak, pesyarah dalam bidang fesyen, spa dan kecantikan dan bakal-bakal usahawan untuk mendapat pengetahuan dalam perkara yang di nyatakan di atas.

HairandBeautySalonKos untuk menyertai program ini ialah RM 1,850.00 seorang untuk twin sharing dan RM 2,250.00 untuk single yang meliputi tiket penerbangan Kuala Lumpur Jakarta pergi balik, penginapan, makan minum , pas masuk ke expo dan acara-acara yang telah di nyatakan dalam aturcara. Harga ini tidak termasuk airport tax di Jakarta, tip untuk pemandu pelancongan dan acara-acara persendirian.

Pembayaran hendaklah di buat atas nama DPMM Negeri Selangor no akaun RHB21245136000114. Tarikh tutup pembayaran ialah pada 05 Februari 2015. Para peserta di nasihat untuk tempahan lebih awal dan membayar separuh daripada kos penyertaan. Langkah ini adalah untuk memudahkan urusan tempahan tiket penerbangan dan penginapan. Keterangan lanjut program bolehlah menghubungi Hjh Norazizah Jusoh 019 9880010 atau Hashim Akob 013 3416783.

MARI MELABUR DALAM INDUSTRI TERNAKAN LEMBU DAN BIRI-BIRI DI NEW ZEALAND

84151XLDewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS ) mengajak  usahawan Malaysia untuk melabur dalam industri ternakan lembu dan biri-biri di New Zealand. Langkah ini bertujuan untuk mengwujudkan lebih ramai usahawan Melayu mengusai pemasaran dan pengedaran Makanan Halal dunia.

Untuk itu satu misi lawatan dagang ke New Zealand akan di adakan dari 3-14 Jun 2015 yang memberi tumpuan di Pulau Utara New Zealand.

Objektif program ini ialah:

  1. Melihat potensi industri penternakan lembu dan biri-biri di New Zealand
  2. Melihat ladang-ladang yang berpotensi untuk di beli oleh usahawan Malaysia
  3. Melihat potensi untuk usahawan Malaysia menjadi pengimport daging Halal terbesar dari New Zealand
  4. Melihat potensi untuk DPMMS dan Jabatan-jabatan kerajaan menghantar belia berkursus dalam pengurusan ladang lembu di New Zealand
  5. Melihat potensi produk-produk pertanian untuk di pasarkan ke Malaysia
  6. Melihat potensi untuk produk Malaysia memasuki New Zealand
  7. Melihat potensi jentera dan peralatan pertanian untuk di pasarkan di Malaysia dan rantau Asia
  8. Melihat potensi bagi usahawan Malaysia membekalkan produk makanan lembu berasaskan kelapa sawit ke New Zealand

Program ini  sesuai untuk usahawan yang terlibat dalam pent403267754_10fcb430ddernakan dan perladangan, industri berasaskan daging, usahawan dalam produk makanan, usahawan dalam produk tenusu, pengimport makanan dan minuman, pengimport jentera dan peralatan pertanian, pembekal baja dan makanan haiwan, usahawan hartanah dan pelancongan, pusat –pusat latihan perladangan dan produk makanan, usahawan dalam bidang kulit dan fesyen, Jabatan dan agensi kerajaan Malaysia yang berkaitan pertanian dan industri Halal, pusat-pusat penyelidikan makanan dan asas tani, pensyarah universiti dan orang ramai yang berminat untuk berniaga dengan New Zealand.

Adalah menjadi harapan DPMMS agar peserta program ini dapat menggerakkan satu konsortium atau syarikat yang dapat menguasai ladang lembu dan biri-biri di New Zealand nanti.

Kos menyertai program

Kos menyertai prograimagesm ini ialah RM 10,950.00 seorang untuk twin sharing, dan RM 12,700.00 untuk single. Harga ini sudah meliputi tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur- Auckland (penerbangan terus) penginapan, makan minum (Halal) pengangkutan, lawatan ke kawasan ladang, lawatan ke rumah penyembelihan, tiket masuk ke expo Fieldday dan acara-acara lawatan yang telah di tetapkan

Tentang bayaran

Bayaran penyertaan hendaklah di buat atas nama DPMM Negeri Selangor  no akaun RHB 21245136000114

Aturcara lengkap dan keterangan lengkap boleh menghubungi koordinator program Encik Hashim Akob di talian 013 3416783 atau 03 55199110

Gegau Melaka !

UntitledAssalammualaikum  ,

Untuk makluman kepada semua ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor , Stadium Hang Jebat akan mengadakan satu acara iaitu Gegau Melaka.Sesiapa yang berminat untuk berniaga bolehlah membuat tempahan khemah mengikut saiz dan harga yang ditetapkan.Yuran pendaftaran yang dikenakan adalah sebanyak RM50 sahaja .

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi:

Shima (010-4230157)/Yus(017-5698265)

Alina(019-2875352)/Raymond(013-2013429)

 

 

MISI BANTUAN DPMMS KE PANTAI TIMUR

DSC_5634Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS) dengan kerjasama Triton Tuners Club Malaysia dan Kelab Give a Hand Malaysia (GAH) telah melancarkan Misi Bantuan Banjir ke Pantai Timur pada 2 Januari 2015.

Program itu yang turut mendapat sokongan Mitsubishi Malaysia telah mendapat sambutan padu  daripada ahli-ahli kelab dan  DSC_5589sukarelawan.

Ini adalah misi kemanusian dan kita semua terpanggil untuk melaksanakan misi  ini, Kata Encik Dahlan yang turut membawa isteri dan anak-anaknya menyertai konvoi bantuan tersebut.

Yang diPertua DPMMS Mohd Fadzli Mustafa berkata sebanyak 100 DSC_5568buah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang sarat dengan barang-barangan keperluan untuk mangsa-mangsa banjir telah berlepas dari Shah Alam pada jam 4.30 petang.

“ Mereka membawa ubat-ubatan, air minuman, biskut, makanan dalam tin, generator set, water jet dan juga alat-alat untuk pembersihan bagi di sumbang kepada mangsa banjir di Pantai Timur. Distinasi kami ialah di Kelantan dan selepas ini kita mungkin DSC_5667bergerak ke negeri-negeri lain pula,” kata Mohd Fadzli.

Mohd Fadzli mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli kelab yang telah menyumbang tenaga dan masa untuk menjayakan program kemanusiaan ini.

Naib Presiden Triton Tuners Club Malaysia Encik Rasul Datuk Mohd DSC_5614Radzuan Mohanan berkata seramai 300 orang ahli kelabnya telah di maklumkan untuk program kemanusiaan ini. Kebanyakannya menyambut baik dan misi ini akan berterusan sehinggalah semua mangsa mendapat bantuan yang sepatutnya.DSC_5689

Sementara itu wakil Kelab Give a Hand Malaysia (GAH) Encik Adlin Aman Ramli berkata bahawa pihaknya akan menggerakkan golongan artis untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kemanusiaan seperti ini.

“ GAH baru sahaja di tubuhkan dan saya yakin kelab ini akan dapat DSC_5688memainkan peranan yang besar dalam memberikan sumbangan kepada rakyat yang memerlukan,” kara Adlin yang juga seorang artis yang terkenal Negara.

SUARA ADILA YANG MEMUKAU

AT7Y2165Suaranya lunak merdu serta memukau dan kalau di buat ukuran, Adila Idris boleh di golongkan sebaris dengan penyanyi-penyanyi professional yang sudah berjaya mencipta nama.

Di Majlis Selangor Excellence Business Awards yang berlangsung di SACC Shah Alam, 8 Disember lalu, Adila menguasai sepenuhnya pentas dengan menyampaikan nyanyian dengan alunan lagu-lagu evergreen. Antara lagunya ialah Kasih, Widuri, My Way dan banyak lagi.

“ Dia adalah ratu pentas kita. Dia adalah penyanyi yang hebat dan perlu di ketengahkan,” kata seorang Ahli Jawatankuasa DPMMS yang kali Pertama mendengar alunan suara Adila.

Adila yang juga seorang AJK DPMMS serta Pengerusi Dewannita sering di jemput untuk memeriahkan acara dengan menyampaikan nyanyian. Beliau juga adalah antara peserta dalam program Gegar Vaganza terbitan Astro.